Blog

RM 1.14 Juta Dilarikan Perompak Di Kuala Terengganu

0
curi di terengganu

KUALA NERUS: Sekumpulan penjenayah bertopeng di sini bertindak memecahkan dua buah mesin pengeluaran wang (ATM) dan tiga peti wang tunai, yang menyebabkan kerugian berjumlah RM 1.14 juta.

Kejadian itu berlaku di sebuah pasaraya di sini kira-kira jam 2.15 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, ketika kejadian, empat pengawal keselamatan sedang bertugas sebelum seorang dari mereka menyedari kehadiran kumpulan penjenayah ketika membuat rondaan.

Katanya, kempat-empat pengawal keselamatan tersebut diikat sebelum diletakkan dalam stor berhampiran.

“Daripada siasatan awal kita percaya penjenayah ini merupakan sama ada bangsa Kemboja ataupun Vietnam dan melihat kepada cara mereka bertindak itu saya percaya mereka ini professional dan biasa membuat kerja menggunakan peralatan grinder (penggerudi) dan dipercayai juga menggunakan peralatan oxy.

“Jadi kita sedang menyiasat daripada semua sudut perkara ini,” katanya di sini hari ini.

Penjenayah berkenaan dipercayai bersenjatakan parang dan pistol yang terselit pada pinggang salah seorang suspek.

Mereka kemudian beredar meninggalkan lokasi kejadian pada 6.30 pagi dengan melarikan wang tunai hasil rompakan.

Wan Abd Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Dalam pada itu, salah seorang pengawal keselamatan, Mohd Fathini Salam Mohd Razali menceritakan detik kejadian.

“Waktu itu saya sedang duduk, sedang mengaji dekat depan. Selepas itu saya dengar kawan saya menjerit dan saya bangun dan pergi tengok. Mereka kemudian datang dekat saya dan dengan parang, pistol sebelah kiri itu. Mereka cakap suruh beri kerjasama dan suruh saya ke belakang,” katanya.

Polis bagaimanapun masih menyiasat kejadian.

Petua Rahsia Halau Nyamuk Penyebab Zika

0
nyamukzika

KUALA LUMPUR – Bahan dapur boleh menjadi alternatif yang mungkin boleh diamalkan untuk menghalau nyamuk ketika negara ini berdepan dengan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti Zika dan denggi.

Menerusi carian internet, antara petua lama yang mampu dijadikan alternatif untuk menghalau nyamuk termasuklah serai wanig, menanam pokok jerimin dan juga mencucuk bunga cengkih pada limau nipis.

Berkongsi tips menghalau nyamuk, Noraini Jamsit, 53, berkata dia sudah lebih 50 tahun mengamalkan petua menggunakan limau nipis dan bunga cengkih untuk menghalau nyamuk.

Katanya lagi, sejak mengamalkan amalam turun temurun itu, kediamannya bebas dari nyamuk dan lalat.

Beliau yang tinggal di Palong 13, Negeri Sembilan, berkata, dia tidak perlu menggunakan kelambu atau sebarang semburan bahan kimia untuk mengelak daripada gigitan nyamuk.

“Selain bahan-bahannya se­nang diperoleh, cara ini juga menjimatkan perbelanjaan dan aromanya cukup menenangkan,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Rukiah Rahmat, 80, pula berkata, dia membakar sabut kelapa pada waktu senja untuk menghalau nyamuk.

“Pukul 6 petang saya sudah mula kumpul sabut kelapa dan bakar di bawah rumah. Asap daripada bara sabut kelapa yang dibakar boleh menghalau nyamuk,” katanya yang pernah mengamalkan cara itu ketika tinggal di Kampung Tambak Bugis, Melaka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Roslaini Abd. Majid berkata, setakat ini tiada bukti saintifik yang menyokong keberkesanan petua-petua lama itu untuk menghalau nyamuk.

“Cuma saya rasa aroma yang kuat daripada penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti serai wangi, pokok jeremin dan bunga cengkih mungkin menjadi faktor penghalang kepada gigitan nyamuk,” katanya.

Kementerian Kesihatan mengesahkan Malaysia baru-baru ini merekodkan kes pertama Zika apabila seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor positif dijangkiti virus zika, dan disyaki mendapat gejala itu semasa berkunjung ke Singapura.

Semalam, satu kes Zika tempatan pula dikesan di Sabah.

“Mahathir Sudah Terdesak Sampai Jabat Salam Anwar”, kata Salleh Keruak

0
mahathiranwar

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr. Salleh Said Keruak berkata kehadiran Tun Mahathir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim menunjukkan betapa terdesaknya keadaan yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Tambah beliau lagi, perkara itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

“Inilah apa yang kita panggil kepentingan politik. Ia jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir,” kata beliau dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Menurut Salleh, Mahathir tahu parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mampu melangkah jauh secara sendirian.

“Jadi, beliau perlu menumpang Pakatan Harapan, seperti kapal angkasa yang memerlukan sebuah roket. Sebab itulah Mahathir cuba membina jambatan dengan Anwar – untuk memikat hati Pakatan,” katanya.

“Mahathir akhirnya mengaku beliau sebenarnya tidak memiliki kekuatan untuk menjadikan partinya berjaya. Beliau perlu tumpang atas Anwar dan Pakatan,”

“Perbuatan Mahathir berjabat tangan dengan Anwar hari ini samalah seperti apa yang berlaku pada 1998, sehari sebelum Mahathir memusnahkan Anwar. Kucupan Mahathir adalah kucupan maut,” katanya.

Lelaki Indonesia Kahwin, Beli Aset Guna MyKad Palsu

0
mykadpalsu

SEREMBAN, 5 Sep: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 52 tahun selepas dia didapati menggunakan identiti warga tempatan bukan sahaja untuk berkahwin, malah memiliki aset termasuklah rumah serta kereta sejak 30 tahun lalu.

Menurut Ketua Unit Pendakwaan JPN, Mohd Fazdhly Abdul Razak, suspek mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan seorang wanita tempatan.

Selain itu, suspek juga menggunakan kad pengenalan yang pernah dilaporkan hilang lebih 20 tahun lalu itu untuk menjadi peneroka FELDA.

Suspek ditahan oleh penguatkuasa JPN dalam satu serbuah di rumahnya di sebuah tanah rancangan FELDA di Gemencheh, Tampin, kelmarin.

“Kesalahan itu dikesan apabila seorang lelaki datang ke pejabat JPN membuat semakan mengenai status MyKad digunakan suspek. Pemeriksaan mendapati, suspek pernah disiasat kerana didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain pada 1995.

“Dia bagaimanapun melarikan diri ketika siasatan dilakukan JPN ketika itu. Suspek kini direman dan disiasat mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan akan didakwa Rabu ini,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Putrajaya, hari ini.

Safiey Illias Kembali Jadi Pondan, Salahkan Masyarakat Yang Sering Mengkeji

0
sofea safi

6 Sept – Usahawan muda, Safiey Ilias, sebelum ini pernah menggegarkan Malaysia apabila dia membuat keputusan untuk berubah dari seorang mak nyah kepada seorang lelaki.